Thursday, November 13, 2008

4 generasi


Salam.. Ni gambar 4 generasi dalam keluarga kak lijah. Yang paling kanan sekali yang kecik molek dan cute tu ialah tok akak.. disebelahnya, yang cantik dan senyuman menawan tu mak akak, yang kecik tuh pulak .. anak adik yang no.7.. yang ujung sekali tuh yang ayu skit ... anak mak akak yang sulung..

macamnana? sama tak muka semuanya.. :)

Bertemu kembali...


Salam semua..

Dah lama tak singgah kat teratak ni yerr.. tak tau la pulak nak cite apa..
hari ni dah 16 zulkaedah 1429. Tak lama lagi hari raya haji.. kepada semua saudara Islam kita yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini .. Selamat Mengerjakan Ibadah Haji.. semoga diberi kesihatan, kekuatan, kesabaran dalam mengerjakan ibadah haji ni dan semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Gambar kat sebelah ni.. anak-anak menakan kak lijah (sebahagian jerr).. yang atas tuh.. baru 2 bulan.. Ain Quraishah..

Wednesday, September 3, 2008

PANGGILAN ALLAH



Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup
(petikan dibawah dikirim oleh kawan akak, Uitm 82-85)

Renung-renungkan dan selamat beramal….

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**

Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

Ramadhan Karim

Assalamu'alaikum wrmt.

Lama benar rasanya tak menulis... ramadhan kembali lagi.. hari ni hari ke4 kita semua berpuasa.. terlalu cepatnya masa berlalu..

Wahai Tetamu Ramadhan, untuk kamu rahmat dan maghrifah.. air mata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan tahajjud.. Moga mewarisi JANNAH.. Jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tak pasti apakah ada lagi Ramadhan untuk kita selepas ini..

SELAMAT BERPUASA DAN BERSAHUR.. Sahur berkat, puasa kuat..

Friday, August 15, 2008

14 perkara negatif yang selalu berlaku pada bulan Ramadhan

Tengahari tadi akak ke kelas pengajian Ust Siti Nor Bahyah. Bersama-sama ini akak nak kongsi sedikit tazkirah yang telah disampai oleh Ustazah.
Oleh kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, ustazah telah sampaikan tazkirah beliau yang bertajuk "14 perkara negatif yang selalu berlaku pada bulan Ramadhan". 14 perkara ini adalah hasil kajian beliau bersama-sama suami, Ust Wan Akashah.

1. Ramai orang Islam berpuasa dengan adat bukan ibadat - maksudnya puasa ikut orang.

2. Puasa hanya untuk menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi tidak untuk menahan diri
dari perbuatan mungkar (seperti mengumpat, memutuskan silaturrahim, menyakiti
orang dan sebagainya)

3. Ramai yang meninggalkan sahur. Hadith Nabi: "Sahurlah kamu kerana didalam sahur
itu ada berkat".

Berkat yang pertama ada pada makanan yang kita bahagikan iaitu semasa kita
makan bersama keluarga, jemaah surau atau dengan rakan-rakan
Berkat yang kedua ada pada jamaah iaitu kitan makan ramai-ramai
Berkat yang ketiga ada pada waktu sahur - digalakkan banyak berdoa, solat
sunat,mengaji. Kejut ahli keluarga untuk bersama-sama mengerjakan solat
sunat. Ketika masak untuk sahurpun boleh berdoa

4. Ibadat solat fardhu dan sunat dilaksanakan hanya di bulan Ramadhan sahaja.
Apabila berakhir Ramadhan, perkara sunat tidak dibuat lagi.

5. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawikh dan witir tetapi
meninggalkan solat fardhu.

6. Meningkatkan amalan untuk dirinya sahaja tetapi mengabaikan penglibatan ahli
keluarga untuk sama-sama beribadat.

7. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan tetapi di akhir
Ramadhan lalai. (terlepas lailatul qadar)

8. Membaca al-quran hanya di bulan Ramadhan dan berakhir dengan berakhirnya
Ramadhan (Maksudnya, apabila ramadhan dah berakhir.. quran tidak lagi dibaca)

9. Membaca al-quran tanpa berusaha memahami maksudnya tetapi nak cepat habis
khatam).

10. Menghabiskan sebahagian besar Ramadhan dengan amalan sia-sia seperti menonton tv
seharian, berbual kosong.

11. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan saudara Islam yang lain. Jadi
lebih bakhil dan kedekut.

12. Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan takbir raya pada
malam raya.

13. Tidak mengeluarkan zakat fitrah.

14. Melewat-lewatkan membayar zakat fitrah.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari tazkirah yang disampaikan dan sama-sama dapat membuat persiapan rohani dan jasmani untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Yang baik itu dari Allah, dan yang salah itu dari kesilapan akak sendiri semasa menyalin nota yang disampaikan oleh ustazah.

Wednesday, August 13, 2008

Kuasa Allah




Maha Suci Allah.. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pemelihara Sekelian Alam.

Suara Hati

Salam. Hari ni dah 12 Syaaban 1429. InsyaAllah sabtu malam ahad adalah malam nisfu Syaaban. Pada malam tersebut, digalakkan memperbanyakkan amal ibadat - solat sunat, mengaji, zikir. Ya Allah, terlalu cepatnya rasa masa ini berlalu.. Ramadhan akan menjelang tak lama lagi... Tak tau samada berkesempatan atau tidak berjumpa dengan Ramadhan nanti..

andai ini Ramadhan terakhir..

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi...
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu berusaha...bersedia...
meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita"