Friday, August 15, 2008

14 perkara negatif yang selalu berlaku pada bulan Ramadhan

Tengahari tadi akak ke kelas pengajian Ust Siti Nor Bahyah. Bersama-sama ini akak nak kongsi sedikit tazkirah yang telah disampai oleh Ustazah.
Oleh kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, ustazah telah sampaikan tazkirah beliau yang bertajuk "14 perkara negatif yang selalu berlaku pada bulan Ramadhan". 14 perkara ini adalah hasil kajian beliau bersama-sama suami, Ust Wan Akashah.

1. Ramai orang Islam berpuasa dengan adat bukan ibadat - maksudnya puasa ikut orang.

2. Puasa hanya untuk menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi tidak untuk menahan diri
dari perbuatan mungkar (seperti mengumpat, memutuskan silaturrahim, menyakiti
orang dan sebagainya)

3. Ramai yang meninggalkan sahur. Hadith Nabi: "Sahurlah kamu kerana didalam sahur
itu ada berkat".

Berkat yang pertama ada pada makanan yang kita bahagikan iaitu semasa kita
makan bersama keluarga, jemaah surau atau dengan rakan-rakan
Berkat yang kedua ada pada jamaah iaitu kitan makan ramai-ramai
Berkat yang ketiga ada pada waktu sahur - digalakkan banyak berdoa, solat
sunat,mengaji. Kejut ahli keluarga untuk bersama-sama mengerjakan solat
sunat. Ketika masak untuk sahurpun boleh berdoa

4. Ibadat solat fardhu dan sunat dilaksanakan hanya di bulan Ramadhan sahaja.
Apabila berakhir Ramadhan, perkara sunat tidak dibuat lagi.

5. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawikh dan witir tetapi
meninggalkan solat fardhu.

6. Meningkatkan amalan untuk dirinya sahaja tetapi mengabaikan penglibatan ahli
keluarga untuk sama-sama beribadat.

7. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan tetapi di akhir
Ramadhan lalai. (terlepas lailatul qadar)

8. Membaca al-quran hanya di bulan Ramadhan dan berakhir dengan berakhirnya
Ramadhan (Maksudnya, apabila ramadhan dah berakhir.. quran tidak lagi dibaca)

9. Membaca al-quran tanpa berusaha memahami maksudnya tetapi nak cepat habis
khatam).

10. Menghabiskan sebahagian besar Ramadhan dengan amalan sia-sia seperti menonton tv
seharian, berbual kosong.

11. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan saudara Islam yang lain. Jadi
lebih bakhil dan kedekut.

12. Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan takbir raya pada
malam raya.

13. Tidak mengeluarkan zakat fitrah.

14. Melewat-lewatkan membayar zakat fitrah.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari tazkirah yang disampaikan dan sama-sama dapat membuat persiapan rohani dan jasmani untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Yang baik itu dari Allah, dan yang salah itu dari kesilapan akak sendiri semasa menyalin nota yang disampaikan oleh ustazah.

Wednesday, August 13, 2008

Kuasa Allah




Maha Suci Allah.. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pemelihara Sekelian Alam.

Suara Hati

Salam. Hari ni dah 12 Syaaban 1429. InsyaAllah sabtu malam ahad adalah malam nisfu Syaaban. Pada malam tersebut, digalakkan memperbanyakkan amal ibadat - solat sunat, mengaji, zikir. Ya Allah, terlalu cepatnya rasa masa ini berlalu.. Ramadhan akan menjelang tak lama lagi... Tak tau samada berkesempatan atau tidak berjumpa dengan Ramadhan nanti..

andai ini Ramadhan terakhir..

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi...
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu berusaha...bersedia...
meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita"

Daging Goreng Kicap

Hari ni.. kak lijah nak bagi resepi yang diajar oleh mak kak lijah... resepinya simple jerr...

Bahan-bahan:

daging lembu (1 kilo)
kunyit serbuk (lebih kurang 2 sudu makan)
kicap lemak manis habhal
bawang besar - dipotong bulat
halia (ikut suka banyak mana) - dihiris
cili merah (dihiris)
tomato - ikut suka
kentang - ikut suka
minyak masak

Cara membuat:

1. Daging dihiris dan dibersihkan (ditoskan)
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak
3. Apabila telah panas, masukkan daging. Kacau rata dan masukkan air 2 atau 3 cawan
4. Selepas 10 minit, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata
5. Masak daging sampai lembut. Apabila daging telah lembut, masukkan kicap (janganla sampai satu botol, agak2 je la, bawang besar, halia, cili dan garam secukup rasa
6. Kacau rata dan tunggu sehingga pecah minyak (atau hampir nak kering)
7. Last masukkan tomato (potong dadu) dan kentang (yang telah digoreng terlebih dahulu)
8. Angkat dan makan dengan nasi yang masih panas!!!

Tazkirah hari ini

Salam buat semua.

Di bawah ni disertakan beberapa ayat Al-Quran untuk diamalkan. Walaumacamanapun, perlu diingat setiap ayat yang dibaca hendaklah dibaca dan faham maknanya. Yakin dan ikhlas kerana Allah.



Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
• Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
• Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
• Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
• Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
• Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain
• Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding:

• Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam
• Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah
• Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah

1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

• SUBHANA'LLAH
• ALHAMDULI'LLAH
• LAA I LAAHA ILLA'LLAH
• ASTAGHFIRU'LLAH
• LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
• ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN