Friday, August 15, 2008

14 perkara negatif yang selalu berlaku pada bulan Ramadhan

Tengahari tadi akak ke kelas pengajian Ust Siti Nor Bahyah. Bersama-sama ini akak nak kongsi sedikit tazkirah yang telah disampai oleh Ustazah.
Oleh kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, ustazah telah sampaikan tazkirah beliau yang bertajuk "14 perkara negatif yang selalu berlaku pada bulan Ramadhan". 14 perkara ini adalah hasil kajian beliau bersama-sama suami, Ust Wan Akashah.

1. Ramai orang Islam berpuasa dengan adat bukan ibadat - maksudnya puasa ikut orang.

2. Puasa hanya untuk menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi tidak untuk menahan diri
dari perbuatan mungkar (seperti mengumpat, memutuskan silaturrahim, menyakiti
orang dan sebagainya)

3. Ramai yang meninggalkan sahur. Hadith Nabi: "Sahurlah kamu kerana didalam sahur
itu ada berkat".

Berkat yang pertama ada pada makanan yang kita bahagikan iaitu semasa kita
makan bersama keluarga, jemaah surau atau dengan rakan-rakan
Berkat yang kedua ada pada jamaah iaitu kitan makan ramai-ramai
Berkat yang ketiga ada pada waktu sahur - digalakkan banyak berdoa, solat
sunat,mengaji. Kejut ahli keluarga untuk bersama-sama mengerjakan solat
sunat. Ketika masak untuk sahurpun boleh berdoa

4. Ibadat solat fardhu dan sunat dilaksanakan hanya di bulan Ramadhan sahaja.
Apabila berakhir Ramadhan, perkara sunat tidak dibuat lagi.

5. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawikh dan witir tetapi
meninggalkan solat fardhu.

6. Meningkatkan amalan untuk dirinya sahaja tetapi mengabaikan penglibatan ahli
keluarga untuk sama-sama beribadat.

7. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan tetapi di akhir
Ramadhan lalai. (terlepas lailatul qadar)

8. Membaca al-quran hanya di bulan Ramadhan dan berakhir dengan berakhirnya
Ramadhan (Maksudnya, apabila ramadhan dah berakhir.. quran tidak lagi dibaca)

9. Membaca al-quran tanpa berusaha memahami maksudnya tetapi nak cepat habis
khatam).

10. Menghabiskan sebahagian besar Ramadhan dengan amalan sia-sia seperti menonton tv
seharian, berbual kosong.

11. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan saudara Islam yang lain. Jadi
lebih bakhil dan kedekut.

12. Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan takbir raya pada
malam raya.

13. Tidak mengeluarkan zakat fitrah.

14. Melewat-lewatkan membayar zakat fitrah.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari tazkirah yang disampaikan dan sama-sama dapat membuat persiapan rohani dan jasmani untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Yang baik itu dari Allah, dan yang salah itu dari kesilapan akak sendiri semasa menyalin nota yang disampaikan oleh ustazah.

2 comments:

HazlisaNoor said...

kak,ceramah ni buat kat ner...JKR ke..kalau kitaorang kat SUK nak jemput camner ek..

Sinaran Xxx! said...

Ish..ish..tahniahla kak lij di atas usaha untuk menulis blog..hihi. welcome to d club!. Teruja dibuatnya yer..keje kat sini hati gelap sket sebab lama giler takde ceramah..sini nape entah..tak macam sanala..