Wednesday, August 13, 2008

Daging Goreng Kicap

Hari ni.. kak lijah nak bagi resepi yang diajar oleh mak kak lijah... resepinya simple jerr...

Bahan-bahan:

daging lembu (1 kilo)
kunyit serbuk (lebih kurang 2 sudu makan)
kicap lemak manis habhal
bawang besar - dipotong bulat
halia (ikut suka banyak mana) - dihiris
cili merah (dihiris)
tomato - ikut suka
kentang - ikut suka
minyak masak

Cara membuat:

1. Daging dihiris dan dibersihkan (ditoskan)
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak
3. Apabila telah panas, masukkan daging. Kacau rata dan masukkan air 2 atau 3 cawan
4. Selepas 10 minit, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata
5. Masak daging sampai lembut. Apabila daging telah lembut, masukkan kicap (janganla sampai satu botol, agak2 je la, bawang besar, halia, cili dan garam secukup rasa
6. Kacau rata dan tunggu sehingga pecah minyak (atau hampir nak kering)
7. Last masukkan tomato (potong dadu) dan kentang (yang telah digoreng terlebih dahulu)
8. Angkat dan makan dengan nasi yang masih panas!!!

4 comments:

HazlisaNoor said...

alamak kak..ayam goreng kicap ader tak..hehe..orang tak makan dagingla..

Lijah said...

bole je.. ayam tu goreng separuh masak dulu, then tumis le bawang besar (blend), halia (hiris), bunga lawang, bunga cengkis, kulit kayu manis.. then masukkan kicap (semestinya lemak manis habhal), kalau suka (sos tiram adabi - 1/2 atau 1 sudu makan), garam secukup rasa), tambahkan air kalau nak berkuah ye. last sekali, masukkan bawang besar (dipotong bulat) dan cili merah untuk hiasan..

gadiselatan said...
This comment has been removed by the author.
gadiselatan said...

salam kak lijah...tahniah la ek...tunggu je la nnti...blog ann lak...hehehe
sejak bile lak nih jd chef nih...tak per la...da ader tempat nak letak resepi..klu tak nnti...asik suruh ann fotostat jerk..pastu mase nak masak...sibuk mencari tah kat maner2...hehehe...jgn marah ah....